Archive for July, 2008

Names Of Allah

This is a video of Sammi Yusof who sing a song titled Names Of Allah. I grab this video from ustaz Zaharuddin website. It’s truly a nice pop nasyid song. Enjoy it!

Leave a Comment

Nikmat Bersetubuh Di dalam Syurga

Artikel ini dipetik dari sebuah laman blog. Suka saya menyiarkan artikel ini bagi membalas tajuk utama akhbar Metro baru-baru yang bertajuk “Syurga Dunia” yang mana merupakan respon remaja-remaja bawah umur setelah melakukan seks bebas dengan pasangan masing-masing.

Mari kita bandingkan “nikmat syurga dunia” yang mereka dengan syurga di akhirat kelak.

Sibuk bersetubuh

Firman Allah:
“Sesungguhnya penghuni-penghuni syurga pada hari kiamat sibuk bersetubuh dengan bidadari.”(55: Yasin)

Kemampuan seks yg amat hebat

Imam Tirmizi telah meriwayatkan hadis drpd Anas bin Malik r.a; Nabi s.a.w bersabda:

“Orang beriman akan diberi kekuatan jimak seratus kali ganda di dalam syurga.”(Hasan sohih)
Ada yang bertanya kepada Nabi s.a.w: “Adakah kami akan bersetubuh dgn isteri-isteri kami di syurga.?”

Berjimak dengan berapa bidadari sehari?

Nabi s.a.w menjawab:-

“Sesungguhnya seseorang lelaki itu ada yang sehari bersetubuh dengan 100 orang bidadari”(Hr Tirmizi-sahih)

Di mana ahli syurga bersenggama?

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya org yg beriman di dalam syurga memiliki khemah yang diperbuat daripada permata yang berongga dimana panjangnya 60 batu. Disitu terdapat isteri-isteri dan bidadari-bidadarinya dan dia dengan berjimak satu persatu mereka kesemuanya.”(Hr Bukhari dan Muslim)


Abu Hurairah berkata “Ya Rasululallah adakah kita akan bersetubuh di syurga?


Baginda menjawab “Ya. Demi diriku dalam kuasanya; akan berlakunya persetubuhan demi persetubuhan. Bila selesai sahaja hubungan maka akan menjadi bersih dan dara semula.”(Hr Ibnu Hibban-hasan)


Baginda ditanya “Adakah penghuni syurga menggauli isterinya di syurga?”

Nabi menjawab: “Ya; dengan zakar yang sentiasa tegang tidak kendur, faraj yang sentiasa sempit tidak longgar dan keinginan nafsu syahwat yang sentiasa memuncak.”(Hr Thabrani-hasan)


Nabi s.a.w ditanya “Adakah ahli syurga berjimak?”


Baginda menjawab “Berlakunya jimak demi jimak; tetapi tanpa ada air mani dan tanpa ada kematian.”(Thabrani-daif)


Walaupun sanadnya lemah tapi disokong dengan hadis sahih yg mengatakan ahli syurga tidak kencing, tidak berak dan tidak meludah kerana sebab yang sama iaitu kotor. Yang penting dalam berjimak ialah kenikmatan…..

Said bin Jubair seorang tabien yang terkenal berkata:

Syahwat ahli syurga akan meresap ketubuhnya sehingga merasai kelazatan dan kenikmatan jimak selama 70 tahun.

Setiap malam adalah malam pertama?

Ereksi yang berpanjangan? Wow…

Tanpa air mani?

Tetapi bagaimana kita nak memiliki bidadari ni?

Jawapanya Firman Allah: “Dan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka akan memilki pasangan-pasangan yang suci di dalam syurga.”(25: Al-Baqarah)

Macamana nak memiliki syurga?

Jawapannya Firman Allah: “Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang beriman dengan syurga..(111: Taubah)

Macamana serah diri dan harta pd Allah?


Jawapannya Firman Allah(sambungan ayat diatas): “Mereka Berjuang memerangi musuh2 Islam di jalan Allah dan ada yg membunuh dan ada yg terbunuh..(111: alTaubah)

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berusaha meningkatkan amal dan taqwa kita kepada Allah agar mendapat syurga akhirat yang berkali-kali ganda lebih nikmatnya berbanding dunia.

Leave a Comment